Tuesday, January 3, 2017

8 Tips Untuk Usahawan Internet


Entri #117: 8 Tips Untuk Usahawan Internet
Foto: Google Images
 
Sebagai newbie dalam biz. Saya banyak membaca berkongsian daripada mentor-mentor hebat. Blog ini salah satu tempat saya simpan nota untuk rujukan dan panduan sendiri dan mungkin berguna untuk sahabat-sahabat yang lain. Sumber asli boleh rujuk pada link ye. :)..
 
 
 
 
Pesana Sifu FbAds...

” Dalam bisnes internet ni kita akan jumpa macam-macam halangan. Kaedah pemasaran yang berjaya digunakan sebelum ini tak semestinya berguna pada masa akan datang. Persaingan pula muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Kos pemasaran juga semakin meningkat. Orang dengki ? Ada juga di dalam dunia online ini. Belum kira ‘parasit’, hijack, dan macam-macam lagi lah.

 
Tapi takkan kita nak MENGALAH ?

Perkara normal dalam dunia bisnes ini, akan ada cabaran-cabaran menanti! Jika tiada cabaran, bagaimana kita nak jadi maju dan berdaya saing. Dengan ada cabaran-cabaran ini, barulah kita akan menjadi lebih kuat dan lebih bersedia!

Oleh itu, kita sebagai usahawan internet perlu;

1) Sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa. Orang guna fb ads, kita kena guna! Orang guna google adwords, kita pun kena guna! Whatssapp, kita pun kena ada.

2) Tidak terlalu bergantung dengan satu-satu medium pemasaran internet. Gunakan apa saja yang boleh bantu bisnes anda. Gunakan FB, gunakan google, gunakan emel, forum, web/blog, instagram dan lain-lain.

3) Kumpul database! Ya, dapatkan database pelanggan secara sah. Anda boleh kumpul dengan Emel, No telefon daripada fans yang sedia ada. Kena cepat bertindak!

4) Tingkatkan awareness terhadap branding (jenama)! Bila orang kenal brand kita ni, lagi senang kito nak berniaga. Tak perlu cari orang, orang akan cari kita!

5) Kreatif! Ya, kena sentiasa berseni dan kreatif dalam dunia bisnes ni! Takkan kita nak buat sama macam orang lain buat! Persaingan sengit, so kita kena jadi lebih kreatif. Kena lain dari yang lain. Bagaimana nak tonjolkan bisnes kita berbanding pesaing-pesaing kita ? Kaji pesaing anda dan buat lebih dari pesaing anda!

6) Bertindak pantas ketika peluang muncul! Ini antara rahsia jutawan-jutawan di internet! Contohnya, apabila ada produk hot yang memiliki permintaan tinggi di pasaran, kita cepat-cepat lancarkannya besar-besaran. PULUN HABIS-HABISAN SEBELUM PESAING-PESAING MASUK LINE!

7) Kos pengiklanan! Ya jangan terlalu kedekut untuk melaburkan wang pada bisnes anda. Tidak kira apa jua jenis pengiklanan pun – FB Ads ke, Google Ads ke , yang penting anda mesti berani melabur! Tiada kos pengiklanan tiada sales, ingat tu!

8) Rangka timeline bisnes anda untuk tempoh 2tahu, 5 tahum, 10 tahun atau 20 tahun. Sediakan ‘backup plan’ jika bisnes anda hampir gagal dan sediakan plan seterusnya jika anda dah berjaya capai satu tahap yang baru.


Sekian saja tips biasa-biasa dari saya untuk mereka yang berbisnes internet, semoga artikel ini dapat berikan manfaat pada anda semua.
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...