Sunday, January 8, 2017

Dilema Wanita

Entri #119: Dilema Wanita
PO: Noor Azila Khalid
Foto: Google Images

 
Dilema, keliru, fokus lintang pukang. Ada antara kalian yang menghadapi masalah seperti ini :

1. Eh, orang lain dah berhenti kerja sudah boleh kerja dari rumah. Aku pun mahu juga. Mereka boleh aku pun boleh. Nak jual apa ya, jual online, mahu buka butik online lah.

2. Bulan pertama lihat baju kanak-kanak cantik. Mula jual pakaian kanak-kank.


3. Bulan ke dua lihat baju hamil cantik gatal tangan buat page baru lagi mahu jual baju hamil. Putus asa sebab laku 2 helai sahaja.

4. Bulan ke tiga mahu jual buku. Sebab nampak macam best aje orang lain jual.

5. Bulan ke empat mahu jual kek pula. Sebab nampak macam laku.

6. Bulan 5, 6, 7, 8, 8, 10, 11, 12. Cukup setahun ada 12 bisnes.

Hasilnya dua hengget sehari, 4 hengget sehari. Kekallah begitu sampai setahun. Lepas itu menangis-nangis mahu kerja semula, sebab tak ada hasil kerja dari rumah.

Inilah masalah ramai wanita yang kononya semangat mahu kerja dari rumah. Tetapi tidak ada fokus. Hasil kajian kes yang datang, sama sahaja, apabila mereka selesai berkongsi saya boleh asingkan, ini kategorinya :

a. Belum sedia

b. kekal gagal

c. Tidak tahu apa-apa wahm, sahm soho- sebab nak google pun malas

d. sukses- dia tahu nak capai matlamatnya sejak hari pertama mahu letak niat berhenti kerja

(Petikan blog Puan Masayu Ahmad) ======================

Fokus perkara penting dalam apa jua yang kita lakukan.

Saya pun pernah menghadapi situasi yang sama. Semua mahu dijual. Nampak cantik, mahu jual, nampak untung besar, cepat laku nak jual, jual itu, jual ini akhirnya untung ciput tak fokus sudah tentu. Sekejap promo itu, sekejap promo ini. Bila kurang sales sudah malas mahu buat.



Hubungi saya:
Noor Azila Khalid
Email: pn.noorazila@gmail.com
Page: https://www.facebook.com/panduanbisnesdarirumah
Sms / Whatsapp: 0192989202 (azila) 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...