Monday, February 15, 2016

9 sebab kenapa tiada pembeli dari Fanpage

Entri #95: 9 Sebab Kenapa Tiada Pembeli di Fanpage
 


” Saya dah jual 5 bulan di fanpage saya, tapi tiada orang beli langsung! Produk saya ni tak laku di FB, tapi di OFFLINE boleh jalan” – adu seorang wanita.

“Like saya banyak, tapi sales tak masuk!”

“Saya dah buat FB Ads marketing, tapi sales teruk”

Inilah rungutan yang biasa terima melalui emel, blog, fanpage. Fanpage susah nak buat sales! Tiada orang membeli.

Berdasarkan kajian dan pemerhatian saya terhadap beberapa buah fanpage, saya dapati kebanyakan fanpage memiliki kesilapan yang sama.

Di bawah, saya kongsikan 9 sebab kenapa fanpage anda tiada pembeli.

 
1: Menjual Produk Yang Berasingan Dalam Satu Fanpage

Saya dapati, kebanyakan produk yang menjual lebih dari satu jenis produk (niche berbeza) di fanpage yang sama, kurang efektif untuk dapatkan jualan. Ada fanpage jual produk jam tangan, tapi turut menjual baju! Ini membuatkan prospek atau audiens menjadi keliru, dan melihat kedai anda seperti “asal boleh jual aje”. Usah begitu..Fokus jual 1 produk di 1 fanpage. (kalau pakaian, jual pakaian berbeza design, tiada masalah. Jual bermacam-macam buku resepi dalam satu fanpage, tiada masalah)

 
2: Membuat Post Caca Marba

Post caca marba? Apa maksudnya? Ramai orang mencampurkan post-post yang kurang berkaitan dalam fanpage menjual produk. Fanpage jual produk kecantikan, tapi post tips motivasi yang tak berkaitan, tips islamik yang tiada kaitan dengan niche produk, post gambar kelakar, dan sebagainya. Bukannya tak boleh buat, tapi perlulah benar-benar berkaitan dengan tema fanpage. Jika kita buat post yang caca marba ini, audiens kurang jelas dengan apa tujuan fanpage kita, dan apa yang kita jual.

 
3: Tak Buat atau tak Tahu Page Post Ads

Ya, inilah yang paling ramai tak buat! Page Post Ads tidak dibuat! Kebanyakan buat ads jenis new ads sahaja. Setiap ads ada objektifnya. Ada ads yang sesuai untuk dapatkan LIKE, ada ads khas untuk dapatkan jualan. Ads yang paling sesuai untuk menjual adalah jenis page post ads. 
 
 
 4: Cara Pembelian Tiada atau Kurang Jelas

Ini satu lagi yang jadi masalah! Di fanpage, tidak ditunjukkan bagaimana untuk membeli. Dulu, saya pernah lawati satu fanpage yang disarankan oleh wife saya. Kami mencari walker untuk baby (betul ke ejaan walker tu? hehehe). Puas cari bagaimana cara nak membayar, sehinggalah saya terpaksa pm minta no phone. Dan dari situ saya sms untuk cara pembayaran. Nasib baik saya memang berkenaan dengan produk yang dijual, dan malas nak mencari di fanpage yang lain. Kalau tidak, dah lama saya “chow” ke fanpage lain. Saya syorkan cara pembayaran disediakan samada di ruangan tab, atau berikan no phone untuk order.

 
5: Produk Tak Yakinkan Pengguna

Produk tak yakinkan prospek, memang susah dapatkan sales! Apa sebab orang tak yakin? Sebabnya kita tak mampu buat mereka percaya akan keberkesanan produk. Jadi, bagaimana nak yakinkan prospek? Anda boleh yakinkan mereka dengan memperbanyakkan testimonial samada dalam bentuk social proof, video, gambar dll. Dan selain dari itu, anda boleh yakinkan prospek dengan menyediakan info tentang produk secukupnya samada melalui web, atau melalui tab anda.

 
6: Cara Penulisan Yang Kurang Professional

Ini bukan bermakna anda perlu menulis dengan ayat bahasa tinggi. Tapi apa yang anda perlu tulis adalah, ayat yang mudah difahami, dengan ejaan yang betul, penggunaan huruf besar huruf kecil yang betul. Jika anda menulis post anda dengan huruf besar kesemuanya, ianya akan kelihatan seperti MENJERIT kepada pelawat. Dan ada juga orang anggap tulisan berhuruf besar kesemuanya adalah SPAMMM! Dan satu lagi, jangan guna bahasa SMS. Ini kerana ada orang faham, ada orang yang tak faham bahasa SMS ni. Selain dari itu juga, ayat sms ni membuatkan anda kelihatan kurang professional.

 
7: Tidak Berikan Respons Terhadap Komen/PM

Ramai yang bertanya, tapi kita tak berikan respons. Atau lambat bersikan respons. Pelawat perlukan layanan dari anda sebagai penjual.

 
8: Fokus Pada Jual Produk, Bukannya Manfaat Produk

Kenapa orang membeli? Ini kerana mereka mahu dapatkan manfaat dari produk yang dibeli. Begitu juga di fanpage! Anda perlu jual manfaat produk, bukannya produk semata-mata. Anda perlu tekankan apa manfaat yang bakal diterima prospek dengan membeli produk anda. Manfaat produk mungkin berkenaan penjimatan kos, perubahan yang lebih baik terhadap hidup, menghilangkan masalah mereka dan sebagainya.

 
9: Gagal Menjawab ‘Objection” Dari Prospek

Dalam urusan jual beli, sudah ada prospek sebelum mereka membeli. Mungkin mereka membantah akan harga yang anda tawarkan. Mungkin mereka persoalkan jaminan yang anda tawarkan. Mungkin mereka tidak percaya dengan keberkesanan produk. Mungkin mereka takut produk yang dibeli tidak sampai. Mungkin mereka takut terbeli dengan harga tak berpatutan. Jadi tugas anda sebagai penjual, anda perlu menjawab persoalan-persoalan ini. Sediakan soalan, dan sediakan jawapan. FAQ sangat membantu! Cubalah!
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...