Thursday, October 22, 2015

Diet Pemakanan Rasulullah s.a.w

Entri #16: Diet Pemakanan Rasulullah s.a.w
Teks: Noor Azila Mohamad
Foto: Google Image
Rujukan: Buku Resepi Pemakanan Rasulullah s.a.w


Assalammualaikum...

Alhamdulillah, banyak info di google, tetapi banyak juga info yang saya kurang pasti kesahihannya serta berbeza dengan apa yang saya tahu. Di sini saya cuba mencari kesahihan, daripada beberapa sumber yang boleh dipercayai. Sekiranya, ada sebarang kekuranga, bolehlah memberikan teguran. In shaa Allah, saya akan cuba perbetulkan.

Ada sesetengah artikel, tips dan perbincangan mengenai cara pemakanan Rasulullah s.a.w yang tiada kesahihan dan dalil yang kuat mengenainya. Maka artikel-artikel itu masih dalam keraguan. Tetapi jika ada antaranya yang difikirkan logik dan terdapat kajian yang baik mengenainya, maka untuk mengelakkan kemudaratan pada diri maka ia boleh diambil sebagai ikutan. Antaranya jangan minum susu bersama ikan, daging atau ayam.


Antara beberapa info tentang diet pemakanan Rasulluh s.a.w.


1. Baca bismillah dan berdoa sebelum dan setelah makan.

Daripada Umayyah bin Makhsyi As-sahabi katanya, "Rasulullah s.a.w pada suatu ketika, duduk di situ ada seorang lelaki makan lalu tidak mengucapkan Bismillah, sehingga makanannya tidak tertinggal melainkan sesuap sahaja. Setelah orang itu mengangkatkan sesuatu yag tertinggal tadi di mulutnya, tiba-tiba dia mengucapkan: ' Bismillahi awwalahu wa akhirahu.'

Kemudian Rasulullah s.a.w ketawa lalu berbabda: " Tidak henti-hentinya syaitan tadi makan bersama orang itu. Tetapi setelah dia teringat untuk mengucakpan nama Allah (iaitu setelah membaca Bismillah),bmaka syaitan tadi memuntahkan semula makanan yang telah ada dalam perutnya. (HR Abu Daud: 3770)

Seorang sahabat Sa'ad Abi Waqas pernah meminta Rasulullah s.a.w agar memberinya panduan untuk mendapat doa yang makbul. Menurut Ibnu Abbas r.a, Rasululluah s.a.w bersabda, "Wahai Sa'ad, makanlah makanan baik lagi halal, tentu engkau menjadi orang yang makbul doanya."

Sesungguhna seorang yang pernah memasukkan sesuap makanan yan haram ke dalam perutnya, maka tidak dimakbulkan doanya selama 40 hari. "Sesiapa sahaja yang dagingnya tumbuh daripada makanan haram maka neraka layak untuknya". (HR at-Tabrani: 6495).


2. Makan dengan tangan kanan

Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda:

“Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.” (HR Muslim)

Apabila selesai hendaklah dijilat jari-jari tersebut. Ahli sains telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim mampu mempercepatkan proses penghadaman).


3. Memakan buah-buahan terlebih dahulu.

Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi). Kita tak sepatutnya makan buah selepas makan nasi. Buah-buahan mengandungi serat/fibre yang tinggi. Apabila kita makan buah sebelum makan nasi, secara automatik perut kita telah penuh dengan serat. jadi, kita tak akan makan nasi dalam kuantiti yang banyak.


4. Memakan buah-buahan lain seperti tembikai.

"Rasulullah s.a.w memakan buah tembikai bersama-sama buah tamar basah."
                                                                                     (HR at-Tirmizi: 1843)

Buah tembikai mengandungi vitamin A, kukurbitasin yang berkesan mengubati masalah ginjal dan salur kencing. Ia mengandungi sejenis gula dan garam yang berkesan melawaskan pembuangan air kencing dan merawat masalah ginjal.





5. Menjamah secubit garam sebelum makan dan ambil secolek lagi dengan jari manis setelah makan.

Ini kerana garam mampu meneutralkan makanan yang kita makan dan mampu menolak 70 macam penyakit.


6. Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk

Rasulullah s.a.w duduk dalam posisi 'mutawarikan' iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit, atau seperti duduk tahiyat awal.

Pada satu ketika Rasululah s.a.w telah dihadiahkan seekor kambing yang telah dimasak. Maka baginda turun makan secara berlutut. Tiba-tiba bertanya seorang Arab desa kepada baginda. "Duduk apakah ini?" Maka Rasulullah s.a.w menjawab, "Sesungguhnya Allah telah menjadikan saya seorang hamba yang pemurah, dan Allah tidak menjadikan saya seorang yang tidak kenal belas kasihan lagi keras kepala (derhaka)." (HR Abu Daud:3775)


7. Meminum susu.

" Dan sesungguhnya pada binatang ternakan itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir di antara hampas makanan dengan darah yakni susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang yang meminumnya. An-Nahl:66)

Amalan meminum susu merupakan salah satu sunnah Nabi s.a.w. Terdapat beberapa dalil yang menjelaskan perihal ini.

"Daripada Ibnu Abbas r.a. yang bermaksud, ia melihat Rasulullah s.a.w bekumur setelah meminum susu." (HR Ibnu Hibban: 1158)

Daripada Anas r.a yang bermaksud, "Dengan gelas ini saya telah memberikan kepada Rasulullah s.a.w segaa jenis minuman: air, anggur, madu dan susu." (HR Muslim: 5355)

Susu kaya dengan protein, kalsium, vitamin A dan B. Zat protein berkualiti tinggi, penting untuk membina tisu badan serta pembentukan antibody melawan penyakit.






8. Tidak minum susu sewaktu memakan daging, ayam ataupun ikan.

Seperti yang kita tahu, daging atau ayam memang kaya dengan protin dan begitu juga susu. Proses penghadaman kita akan terpaksa bekerja lebih keras untuk menguraikan protin yang banyak didalam pemakanan kita. Sekiranya susu tidak dapat diproses atau terpaksa menunggu lama,hal ini akan menyebabkan susu menjadi tapai dan bertoksik untuk badan kita.


9. Tidak makan ikan bersama daging.

Para saintis telah membuat kajian, makanan darat mempunyai ion positif manakala dalam makanan laut mempunyai ion negative. Jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan berlaku tindak balas biokimia yang aktif dalam tubuh dan boleh menyebabkan perut dan usus menjadi rosak. Wallahu a'lam.


10. Tidak meminum susu bersama cuka ataupun buah.

Kita sendiri sedia maklum cuka dan buah mengandungi asid. Protin didalam susu akan bertindak balas dengan asid didalam buah . Pemejalan akan berlaku dan menyebabkan penyerapan protin susu terhalang. Kita perlu mengelakkan meminum susu sekurang-kurangnya sejam setelah mengambil cuka atau buah berasid yang lain.


11. Rasulullah SAW biasa memakan bijirin seperti Habbatus Sawda’, barli dan oat.

Pemakanan berasaskan bijian-bijian sememangnya berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau serta juga mampu mencegah kanser


12. Baginda SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli.

Gandum sempurna mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum proses kerana ia mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E tinggi yang mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan kadar kolesterol. Roti gandum mengandungi karbohidrat di mana setiap individu memerlukan 50 hingga 60 peratus karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga dan juga mempunyai zat-zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk kepentingan kesihatan manusia.


13. Buah tamar (kurma)


Rasulullah s.a.w pernah bersabda:" Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma antara La Bataiha (dua Tanah tidak berpasir di Madinah) pada waktu pagi, maka racun tidak akan dapt memudaratkannya sampai petang." (HR Muslm, no. 3813)

"Sesiapa yang makan tujuh butir kurma ajwa di waktu pagi, pada hari itu dia tidak akan terkena racun walaupun sihir." (HR al-Bukhari: 5769& Muslim:2047)


14. Pengambilan madu.
Firman Allah dalam surah an-Nahl, ayat 68- 69 yang bermaksud,

"Kemudian makanlah daripada stiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan."

Madu dari sudut saintifik mengandungi glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potassium, sulphur, besi dan fosfat. Madu juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 yang composisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang dikonsumsikan oleh lebah.


15. Tidak meniup air yang panas atau bernafas di dalam bekas minuman.

Daripada Abu Qatadah r.a. , Nabi s.a.w melarang bernafas di dalam bekas minuman." (HR al-Bukhari: 153)

Ibnu Abbas r.a menyatakan. "Sesungguhnya Nabi s.a.w melarang bernafas dalam bekas minuman atau menghembuskan ke dalamnya." (HR at-Tirmizi:188)

Menurut kajian, apabila kita minum dan kemudian bernafas (menghembus) di dalam gelas, secara tidak langsung, kita akan membebaskan karbon dioksida (CO2), yang mana apabila bercampur dengan air (H2O), akan membentuk asid lemah (H2CO3). Yang mana lama kelamaan boleh menghakis perut.


16. Rasulullah SAW melarang manusia makan dengan banyak dan melampau.

Perkara yang paling penting adalah menghindar isrof, atau membazir ketika makan, cukup sekadar untuk menghilangkan lapar. Bersabda Rasulullah s.a.w, " Cukuplah bagi manusia itu beberapa suap makanan, walaupun harus makan, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk air minumnya dan sepertiga lagi untuk nafasnya." (Ibnu Majah: 2349).


17. Makan berjemaah bersama keluarga atau sahabat.

Rasululluh s.a.w gemar makan dalam dulang bersama-sama dengan sahabat baginda. Ini secara langsung mewujudkan kemesraan dan meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita. Malah, amalan makan satu dulang ini juga dapat mengelakkan pembaziran. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Berkumpullah kamu semua dalam menjamah makanan (bersama-sama). Bacalah bismillah kerana dalam makan bersama itu akan memberikan barakah kepada kamu semua." (HR Abu Daud: 3766)


18. Elakkan kekenyangan sebelum tidur

Dari segi kesihatan adalah tidak digalak makan sekurang kurang 2 jam sebelum tidur kerana tidur dengan kekenyangan boleh memudaratkan sistem tubuh badan. Makanlah sebelum jam 9.00 malam dan jika lapar selepas makan berat awal, pada jam 6-7 malam, ambillah hanya sedikit makanan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum masuk tidur.


19. Makanan yang di larang

Islam melarang penganutnya untuk meminum arak, memakan babi dan anjing serta keluarganya, binatang dan tumbuhan yang beracun, berbisa dan berbahaya. Dilarang juga memakan najis, (darah, nanah, air mazi dan sebagainya) serta serangga yang hidup melata, jijik lagi beracun.


20. Berpuasa

Berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan dan disunatkan berpuasa pada hari-hari tertentu boleh menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat. Apabila bersahur, minumlah sekurang-kurangnya segelas air sejam sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu imsak. Ini adalah perlu bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa. Manakala apabila berbuka puasa pada waktu Maghrib, perlu disegerakan dengan memakan 3 biji kurma atau manisan dan segelas air terlebih dahulu.

Semoga Bermanfaat...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...