Saturday, February 13, 2016

Ulasan Ebook - 101 Idea Home Based Bisnes

Entri #90: Ulasan Ebook - 101 Idea Home Based Bisnes
Sumber : 101 Idea Home Based Bisnes
Foto: ABDR


 

Kebanyakan pemilik bisnes dari rumah, mempunyai kelebihan iaitu mengenali pelanggan melalui online tanpa batas. Sama ada ia secara langsung atau tidak langsung.

Bagaimana mengenali pelanggan secara tidak langsung. Contohnya komunikasi kita bersama pelanggan melalui kedai online, melalui blog dan juga melalui urusan jual beli.

 
Pelanggan baru
 
Pelanggan baru biasanya, pelanggan kali pertama urusniaga dengan kita. Sama ada kita akan terus bina hubungan dengan pelanggan tersebut atau sekali sahaja urusniaga.


Pelanggan di kalangan teman rapat atau saudara mara

Ini juga pelanggan. Mudah lagi melalui medan sosial seperti fb, sangat mudah untuk kita membina hubungan, mengekal hubungan seterusnya ada berlaku transaksi kewangan melalui produk dan servis yang kita tawarkan.

 
Pelanggan setia

Pelanggan ini kita jaga dan bina hubungan. Sama ada melalui hubungan komunikasi secara maya atau secara fizikal. Pun begitu, banyak kelebihan mempunyai pelanggan setia, kerana setiap kali ada produk atau promosi baru pelanggan ini setia membeli dan tidak pernah ketinggalan. Bina seberapa banyak pelanggan setia. Ia sangat penting untuk kelangsungan bisnes. Tambah dari masa ke semasa.

 
Pelanggan mudah diurus

Pelanggan sebegini tidak banyak kerenah, sekali tanya harga dan terus beli. Apabila ada masalah, diterangkan mudah faham dan mudah menerima respon dengan baik.

 
Pelanggan cerewet

Pelanggan sebegini dapat dikenalpasti seawal dia bertanyakan harga. Sama ada dia berwang atau sebaliknya. Minimakan dengan pelanggan sebegini, sekiranya lebih banyak emosi yang tidak berbaloi lupakan sahaja wangnya. Terus sedia dengan pelanggan yang mudah diurus dan mudah dalam urus niaga.

 
Pelanggan online

Nama pun bekerja dari rumah, sangat mudah untuk kita berinteraksi tanpa bertemu muka. Hanya perlu online, melalui gajet, hp, media sosial dan pelbagai cara. Banyak kelebihan melayan pelanggan online berbanding pelanggan bertemu secara fizikal.

 
Pelanggan fizikal

Ada sesetengah urusniaga memerlukan berjumap dengan pelanggan. Pun begitu terpulang kepada pemilik bisnes, sama ada perlu berjuma di sesuatu lokasi atau pejabat di rumah. Sekiranya perlu berjumpa di pejabat di rumah, pastikan perkara berkaitan keselamatan perlu diambil perhatian

 
BACA LAGI DALAM EBOOK 101 IDEA HOME BASED BISNES
 
 
Berminat untuk dapatkn ebook ini:
Hubungi saya:
Email: noorazilamohamad@gmail.com
Page: https://www.facebook.com/panduanbisnesdarirumah
Sms / Whatsapp: 0192989202 (azila) 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...