Entri #73: Nilai Bekerja
Teks: Noor Azila Mohamad
Foto: Google ImagesTeks: Noor Azila Mohamad
Assalammualaikum...
Jika kita lihat budaya
hari ini, ramai yang mencampur adukkan urusan kerja dan urusan keluarga,
kadang-kadang, kerja di pejabat di bawa balik ke rumah, kadang-kadang
masalah anak-anak di bawa ke pejabat...Kenapa ye??? Sememangnya, saya
akui bukan mudah untuk mengasingkan emosi, tetapi kita kenalah mencari
jalan penyelesaian dan cara yang terbaik untuk mengatasinya. In shaa
Allah, jika kita rasa buntu, mintalah petunjuk Allah yang maha esa,
sesungguhnya Dia Maha Mengetahui. Semoga rezeki yang kita perolehi
sentiasa mendapat keberkatanNya..
Perkongsian dari post Puan Ainon...
Nilai Barat lawan Nilai Asia lawan Nilai Agama 2
Dalam budaya Barat, mereka mengasingkan waktu-kerja dan waktu-keluarga. Kedua-duanya tidak boleh mengganggu satu sama lain.
+ Dalam budaya Barat, urusan keluarga tidak boleh dilakukan dalam waktu-kerja.
Jika ada urusan keluarga yang penting, pekerja wajib ambil cuti. Itupun jika majikan luluskan cuti itu.
+ Urusan kerja tidak boleh dilakukan dalam waktu-keluarga.
Jika majikan menyuruh pekerja membuat kerja di luar waktu-kerja, perkara itu adalah salah.
Pekerja berhak menolak suruhan itu. Pekerja juga boleh melaporkan perkara itu kepada Mahkamah Pekerja.
.
Dalam nilai Asia-Jepun, mereka sangat menghormati lelaki yang kuat-kerja.
Isteri-isteri malu
kepada jiran tetangganya apabila suami mereka balik kerja 'awal' kerana
itu bermakna suami mereka tidak kuat-kerja.
.
Dalam agama, tidak ada pemisahan antara waktu-kerja dengan waktu-keluarga.
Dalam Perang Badar,
Uthman bin Affan tidak ikut berperang kerana menjaga isterinya yang
sakit, namun beliau tetap menerima upah berperang.
No comments:
Post a Comment