Sunday, November 1, 2015

Cara Betul Suami Isteri Berbisnes

Entri #44: Cara Betul Suami Isteri Berbisnes
Teks: Noor Azila Mohamad
Sumber: Fb Puan ainon
Foto : Google Images

 
Assalammualaikum..
 
Sebagai orang baru dalam bisnes kita hendaklah merujuk kepada mereka yang lebih pakar. Baca pengalaman dan nasihat mereka, in shaa Allah, sangat-sangat membantu. Disini saya kumpulkan tip-tip yang saya suka dan sebagai dorongan untuk kita lebih berjaya, In shaa Allah.

 
Post Puan Ainon,

Cara betul suami isteri berbisnes....
  • Antara suami dan isteri, siapa yang sangat kuat DNA-bisnesnya? Dialah yang membuka syarikat.
  • Jika isteri yang kuat DNA-bisnesnya, isterilah yang membuka syarikat. Suami terus bekerja sebagai back-up. Begitu juga sebaliknya.
  • Isteri jangan ambil suami sebagai rakan-kongsi dalam syarikat. Sebagai pemegang saham pun jangan. Sebagai ALP pun jangan.
  • Suami jangan masuk campur urusan bisnes syarikat isteri. Jangan beri pandangan dan nasihat, melainkan diminta.
  • Pisahkan urusan bisnes daripada urusan rumahtangga.
  • Caranya: Isteri jangan mengadu masalah bisnes kepada suami. Selesaikan sendiri dengan rakan-kongsi. Kepada suami, cerita hal-hal yang menyukakan hati suami sahaja.
  • Jika dua-dua kuat DNA-bisnesnya, masing-masing buka syarikat masing-masing. Pilih rakan-kongsi masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...