Entri #64: Berapa Tahun Kita Buka Bisnes
Teks: Noor Azila Mohamad
Teks: Noor Azila Mohamad
Betul kata-kata puan Ainon Mohd..
Sudah berapa tahun kita membuka bisnes sendiri?
Apakah sudah lebih 3 tahun?
Apakah kita masih menerima mesej yang masuk bertalu-talu ke dalam smartfon kita?
Apakah kita sendiri yang masih perlu menjawab semua mesej itu?
Jika ya, ini bermakna:
+ Meskipun sudah 3 tahun beroperasi, namun bisnes kita itu masih amat kecil.
+ Kita masih belum mampu mengambil staff secukupnya.
+ Kita masih menguruskan syarikat kita menggunakan gaya towkay.
+ Kita tidak delegate kerja-kerja rutin tahap rendah kepada staff.
NOTA: Ini bermakna
sistem ganjaran kewangan (gaji, komisen, bonus) untuk staff yang kita
gunakan selama ini tidak mendorong bisnes kita berkembang pantas
Saya sendiri, masih baru
dalam dunia bisnes, untuk bisnes telekung (bisnes kedua) baru setahun
jagung, in shaa Allah, semoga suatu hari nanti, bisnes ini lebih berjaya
daripada hari ini...:)
No comments:
Post a Comment