Entri #9: Pendidikan Awal Kanak-kanak
Teks: Noor Azila Mohamad
Teks: Noor Azila Mohamad
Foto: Koleksi peribadi
Assalammualaikum...
Sebagai ibu bapa, kita
selalu inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Sehinggakan ramai ibu-ibu
yang sanggup melepaskan kerjaya demi anak-anak.
Apakah permainan yang
anda berikan untuk anak-anak? Adakah sesuai untuk anak? Apakah minat
anak-anak anda? Adakah anda ambil tahu!!!
Tablet
Sewaktu mengandungkan anak sulung, time tu tengah glamour dengan galaxy tab (Samsung). Suami memang berminat sangat nak beli, so, layan kan aje. Bila
dah dapat, sebulan sahaja, lepas tue simpan, tiada keperluan untuk
gunakan. Sehingga lahirlah anak sulung, Adam namanya. Sejak dari kecil
memang ayah adam dan biasakan anaknya dengan tab, install lagu-lagu
kanak-kanak, upin ipin, lagu abc, alif ba ta dan pelbagai aktiviti untuk
kanak-kanak. Adam 10 bulan, dah pandai cari sendiri apa yang dia nak
tengok. Tab tu, dah jadi kawan baiknya, dan menjadi hak milik Adam
sepenuhnya.
Saya memang tidak
nafikan, dari segi pembelajaran memang cukup bagus. Banyak yang Adam
belajar daripada Tab, seawal usia dua tahun lebih dia sudah mengenal
a,b,c, dan 1,2,3, bukan menghafal, tetapi mengenali huruf dengan baik,
dia boleh sebut satu persatu huruf pada majalah. Daripada game puzzles
dalam tabs Adam, dia mampu menyelesaikan puzzles yang saya belikan
dengan mudah.
Tetapi, saya mungkin
terlepas pandang, tab membuatkan Adam kurang bercakap, dia banyak
berfikir dan bertindak tetapi kurang bergaul. Ketika umurnya tiga tahun,
dia masih belum fasih bercakap seperti kanak-kanak lain. Itu,
membuatkan saya sedikit bimbang dan mengambil keputusan untuk berjumpa
pakar kanak-kanak. Alhamdulillah, setelah menjalani pelbagai pemeriksaan
dan Adam luangkan sedikit masa bersama doktor. Doktor menjelaskan,
tiada masalah, adam kurang bercakap mungkin kerana faktor keturunan
ataupun kurangnya interaksi dengan orang sekeliling. Doktor sarankan,
supaya Adam mula belajar di taska, agar dial belajar bergaul. In shaa
Allah, Januari 2015 Adam dah mula belajar di Smart Reader. Tahun ni,
belum cukup umur untuk didaftarkan. Walaupun risau nak hantar Adam di
bawah jagaan orang lain, tetapi itu adalah yang terbaik untuknya. Moga
Adam dapat bergaul dengan baik. :)
Adam dan tabnya...
Puzzle
Sebagai seorang
surirumah dan ibu sepenuh masa, saya rasa, saya cukup tahu minatnya.
Oleh itu, saya akan cuba mencari mainan yang mampu menggalakkan
minatnya. Contonya, daripada puzzle yang besar-besar seawal usia dua
tahun, bertukar kepada yang lebih kecil pada usia tiga tahun, dan
sedikit kecil untuk usia adam sekarang (tiga tahun setengah).
Kelebihan bermain Puzzle.
- Mengaktifkan dan merangsang otak, membentuk skil pemikiran secara logik serta dapat mengenal objek dan warna.
- Melatih koordinasi mata dan tangan dan merangsang motor halus kanak-kanak.
- Melatih kesabaran dan ketabahan kanak-kanak ketika menyelesaikan puzzle.
- Meningkatkan pengetahuan tentang bentuk dan ruang dengan meneliti kepingan dan bentuk-bentuk puzzle.
- Meningkatkan kemahiran bergaul dan merupakan peluang yang baik untuk berbual dengan anak-anak.
- Buat bersama-sama mampu mengajarnya erti 'team work'.
Lego
Begitu juga dengan lego,
Adam cukup suka bermain dengan lego. Kini, saya lebih menumpukan kepada
permainan yang mampu menarik minatnya untuk berfikir dan bergaul.
Kelebihan bermain lego:
- Permainan yang mampu menajamkan minda anak-anak, kerana terdapat pelbagai bentuk dan warna. Warna-warna yang terang juga mampu merangsang minda anak-anak.
- Permainan yang meningkatkan kreativiti dan inovasi anak-anak, pelbagai bentuk boleh dibina,bangunan, binatang, kenderaan dan pelbagai lagi.
- Selain itu, ia boleh belajar cara berkomunikasi. Kita boleh mengarahkan anak-anak untuk menggunakan warna-warna tertentu sahaja. Tanyakan bentuk yang dia gunakan dan pelbagai soalan yang melibatkan komunikasi dua hala.
Gambar di Petrosains...
Lego terbaru Adam...
Buku kanak-kanak.
Sewaktu Adam kecil,
semua buku-buku dan bahan bacaan saya simpan di tempat yang
tertutup. Supaya Adam tidak conteng dan koyak buku-buku tersebut. Malah,
agar Adam tidak sepah-sepahkan. Tetapi, sebenarnya apa yang saya buat
adalah salah. Anak-anak perlu didedahkan dengan bahan bacaan,
supaya mereka minat membaca sejak dari kecil. Saya kemudiannya,
menyediakan rak buku khas untuk Adam. Memang pada mulanya, dia akan
ambil, conteng, dan koyak, tetapi apabila selalu ditegur, lama kelamaan
dia akan faham.
Sediakan bilik khas untuk bermain.
Seperti kebiasaannya,
ibu bapa akan menyediakan bilik tidur untuk anak-anak, termasuklah saya.
Tetapi, setelah Adam mula membesar, dan aktif bermain, saya rasakan,
Adam tidak memerlukan bilik tidur tetapi memerlukan bilik bermain.
Kemudiaanya, saya 'let go' katil Adam dan jadikan bilik bermain.
Alhamdulillah lebih mudah kerja saya, Adam hanya sepahkan bilik tersebut
dan apabila saya ingin memasak, saya akan biarkan dia bermain di dalam
bilik mainanya. Maka, kuranglah sikit penat untuk mengemas rumah.
Bilik bermain...
Ini sebahagian daripada
apa yang saya lakukan untuk mendidik anak-anak. Mungkin cara ibu-ibu
lain berbeza daripada saya, tetapi tujuan tetap sama, ingin memberikan
pendidikan yang terbaik untuk anak-anak. Moga mereka mampu menjadi
anak-anak yang soleh dan solehah. In shaa Allah..
Sekian...
No comments:
Post a Comment