Wednesday, October 21, 2015

Botol Susu Vs Botol Minuman

Entri #13: Botol Susu vs Botol Minuman
Teks: Noor Azila Mohamad
Foto: Google Images & Koleksi peribadi

Assalamualaikum pembuka bicara...Sedikit pengalaman untuk dikongsi..

Cerita Adam...

Selepas mengandungkan anak ke-2, secara automatik susu badan berkurang dan apabila kandungan masuk empat bulan, susu badan hampir tiada. Anak yang pertama (Adam) menyusu sehingga umur setahun lima bulan sahaja. Waktu ni, pengalaman yang agak sukar, adalah untuk memastikan Adam terus menyusu. Adam tidak mahu menggunkan botol susu, macam-macam jenis botol saya cuba, daripada yang murah sehinggalah yang mahal.





Bukan itu sahaja, malah pelbagai jenis susu saya cuba, semuanya adam tidak mahu. Akhirnya, saya terpaksa menggunakan susu kotak, untuk memastikan adam terus menyusu. Alhamdulillah, itu yang dapat membantu, setiap kali adam bangun untuk menyusu, saya akan bangunkan dia, duduk dan minum, habis minum sambung tidur semula. Sehingga sebulan saya  menggunakan susu kotak.

Selepas sebulan, saya cuba mencari susu tepung yang sesuai. Akhirnya adam minum susu tepung, tetapi selain warna putih. Dengan hanya menggunakan botol minuman dan bukannya botol susu. Saya sediakan tiga botol minuman untuk adam, untuk susu, air masak dan air manis.



Sekarang, adik Adam (Adawiyah), setahun lima bulan, masih menyusu sepenuhnya dengan susu ibu. Mengikut jejak abangnya tidak pandai menggunakan botol susu. Nampaknya terpaksalah ibu adam belikan  sepasang untuk setiap jenis botol.

Setiap orang, mungkin melalui pengalaman yang berbeza, namun setiap pengalaman itu, adalah agak 'sweet' untuk dikenang.. :).. Selamat menyusukan anak untuk ibu-ibu semua.. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...